Tun
M - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan
menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya-
perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali
tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah
dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan
bangsa sendiri.
Bagi
generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai
sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah
dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika
mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih
perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga
penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata
mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa
kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka
terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan
mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka
sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang
putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas,
tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka.
Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat
atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa
kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan
Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak
cekap.
Datang
Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan
rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan -
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika
tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun,
mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan
jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi
askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok
meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa
bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik
negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu,
iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana
membalas budi Siam.
Di
bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu
kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua
Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam
dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan
ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak
berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan
boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa
tolong.
Kemudian,
British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta
mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya
negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja
Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri
mereka.
Cadangan
Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai
Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang
mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam
keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan,
tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu
berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang
lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka.
Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang
Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair.
Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah.
Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara
mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa
mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada
raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan
bangun menentang rancangan Malayan Union British.
Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya
sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu,
maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan
sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan
undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan
lain-lain kemudahan.
Untuk
bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi
untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak
memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang
kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan
dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan
ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam
pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan
pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO
yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka
dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja
yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi
Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana
ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah
besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada
Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu
kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa
merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu
berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan
bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah
dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan
bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan
harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang
diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.
Semua
ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin
Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain
terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya
kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak.
Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca
kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan
daripada parti utama mereka.
Mereka
yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan
pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit
mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini
mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak
suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan
dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya
ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang
dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang
berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk
mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha
untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma.
Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Siapakah
yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa
oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang
kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah
dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang
Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu.
Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh
mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia
merdeka.
Oleh
kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang
memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan
dipisah daripada kuasa yang sedikit
yang ada pada mereka.
yang ada pada mereka.
Sebab
inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani
kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur.
Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa
kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan
bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah
dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang
gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan
oleh kita sendiri.
HATI-HATI JALAN DIHADAPAN PENUH JERANGKAP SAMAR
ReplyDeleteJangan lah kita berjalan terlalu jauh tanpa melihat kebelakang dari tulisan sejarah yang tidak lagi boleh diubah …. sebenarnya yang paling memusuhi ISLAM di Malaysia hanya UMNO parti BANGSAT tinggalan penjajah BRITISH.
Di Malaysia hanya UMNO yang sebenar-benarnya menentang hukum ALLAH dengan tindak tanduk nya dan keliatannya mengekalkan institusi ISLAM sperti peranan para MUFTI hanya sebagai badan pentadbir hukum hakam ISLAM berkaitan kahwin, mati, pembahgaian harta dan menjaga kumpulan agama yang dilabel sesat yang lebih berkepentingan untuk menjaga kedudukan UMNO sebagai pemerintah sekular di Malaysia. Ini adalah sebahagian polisi tinggalan BRITISH yang masih belum terungkai walaupun sudah menjangkau 55 tahun MERDEKA.
Sejarah telah membuktikan UMNO lah yang menghilangkan tulisan JAWI, yang secara langsung menyebabkan orang MELAYU mulai lupa akan kepentingan huruf-huruf JAWI ARAB dalam memepelajari agama.
Sejarah telah membuktikan UMNO lah yang bertanggung jawab menutup sekolah agama rakyat yang secara langsung menutup perkembangan ilmu fardhu ain di bumi Melayu, malang nya UMNO tidak bertindak sedemikian rupa terhadap sekolah-sekolah mubaligh Kristian.
UMNO lah juga parti BANGSAT tinggalan penjajah yang masih memperluas penyebaran JUDI dan ARAK, dua senjata orang Kristian untuk menrosakan akhlak orang ISLAM dimana jua di dunia ini … sebagai senjata sulit Kristian menyekat perkembangan Islam dimana negara itu majoritinya orang Islam.
Dan UMNO juga lah parti BANGSAT tinggalan BRITISH yang telah bertindak diluar batas tata susila ketamaddunan manusia yang waras dengan mengeluarkan perintah supaya MEMBUNUH orang ISLAM MELAYU dalam lakaran lipatan sejarah dalam peristiwa hitam PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ORANG MELAYU di MEMALI. Tidak seperti di SELATAN THAI atau WILAYAH AUTONOMI MINDANAO dimana yang melakukan pembunuhan terhadap orang ISLAM adalah dari bangsa BUDDHA dan KRISTIAN, di Malaysia yang membunuh ORANG ISLAM adalah SYAITAN bertopengkan UMNO.
UMNO sudah lama membohongi orang MELAYU dengan janji untuk menjadikan MALAYSIA sebuah negara ISLAM, sekarang ini tidak ada seorang PEMIMPIN UMNO yang berani bercakap atas tiket ISLAM kerana mereka adalah orang BANGSAT pengkhianat BANGSA dan AGAMA yang terlatih untuk patuh pada penjajah BRITISH walaupun dikatakan sudah 55tahun MERDEKA ….
Bukti NAJIB juga adalah talibarut penjajah BRITISH adalah lawatan terakhir NAJIB ke BRITAIN yang sebenarnya adalah untuk mendapatkan WATIKAH pertabalan penjajah dalam satu upacara penuh istiadat pertabalan sebagai WAKIL penguasa BRITISH.
Hati-hati, … UMNO tidak pernah segan silu untuk menjadikan orang MELAYU yang tidak berdosa sebagai korban bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai parti pemerintah …. skrip kejahatan UMNO sedang berjalan ketika ini dengan pelakun UTAMA anak-anak Melayu haramjadah yang menjadi anggota PERKASA dan PEKIDA yang telah dipilh KHAS sebagai pencetus perbalahan sesama MELAYU …. dan apabila berlaku keganasan antara MELAYU, UMNO akan turun dengan kekuatan angkatan TENTERA dan POLIS upahannya untuk menjadi PENYELAMAT, “atas nama menyelamatkan KENTENTERAMAN AWAM” – pencetus upahan ini sudah mula menyemarakan api kemarahan orang Melayu yang tidak berdosa dengan perintah melempar KEPALA BABI, melempar CAT, melempar BATU, melempar KASUT kedalam MASJID dan akan terus menerus melempar KATA NISTA mencaci dan mencerca sebagai umapan untuk menaikkan kemarahan ORANG MELAYU ISLAM
Ini semua kerja KOTOR UMNO PARTI BANGSAT tinggalan BRITISH
Hati-hati jangan termakan umpan pencetus kemarahan ORANG MELAYU
Kata-kata bangsat manusia mcm ko ni lah yang menjadi pencetus kepada keruntuhan perpaduan bangsa melayu di bumi tanah melayu ini...negara Islam apa yang ingin ko tonjolkan sekiranya dengan jelas Pakatan Rakyat yang dilaungkan oleh Anwar yang tamak dengan jawatan Perdana Menteri itu sehingga sanggup memecahkan bangsa melayu supaya mengikut telunjuknya dan bersekongkol dgn DAP yang sememangnya racist kaum cina...ko tak tgk ke bagaimana negeri Pulau Pinang milik org melayu itu jatuh ke tgn org cina 2...ko tak sayang bangsa melayu ke bodoh? Walau ada pemimpin UMNO yang korup itu bukan bermakna kita rela tanahair kita milik melayu ini jatuh ketangan org luar..ko ingat pemimpin ulamak PAS tu boleh mentadbir negara ke kalau asyik dok ke hulu ke hilir dgn org2 DAP...kalau PAS berdiri dgn sendirian..saya respect sbb mereka masih org melayu ..tetapi sekarang ideologi dan matlamat mereka telah jauh menyimpang...mereka rela diperkudakan dan menghalalkan apa yang berlaku di depan mata....inilah org kata..mengata dulang paku serpih...mengata parti UMNO tetapi dia yang berlebih2...elok mampus aje org2 yang berperangai mcm ko ni ..tak sedar untung..bangsa sendiri nak dihapuskan..BODOH dan BANGSAT!
Deletehei bangang totok kat atas ni...kalau mcmni nak undi DAP tu ke bangsat? kau tau ckp jer tapi hakikatnya otak takde..cara kau berhujah ni seolah2 kau benarkan mak dan bini kau disontot oleh orang lain hanya sebab kau berselisih paham dengan diaorang..emosi tak tentu pasal..ni namanya ada mata tapi buta...ada mulut tapi bisu dan ada telinga tapi pekak..pendek kata kau ni golongan yang mcm Tun M katakan tu...tak reti bersyukur..kufur nikmat...esok lusa kalau kau mampos, anak cucu kau sendiri akan kencingkan kubur kau tu...dasar melay utak sedar diri!!!!!
ReplyDeletememang tak bersyukur..bangsat dapigs!
ReplyDelete