Saturday 7 July 2012

INGAT BINTANG TIGA!! KOMUNIS MASIH WUJUD!




Bintang tiga adalah lambang Parti Kominis Malaya (PKM). Lepas jepun kalah kepada tentera bersekutu, berlaku kekosongan sementara British datang semula ketanah jajahan. Di Malaya PKM dapat berkuasa selama dua minggu. Dalam masa singkat itu, kominis melakukan kekekajaman dan banyak kerosakan di Malaya. Pembunuhan, peras ugut, rampasan, memperkosa, merosakan harta awam dan sawah ladang dibakar.

Orang melayu jadi mangsa. Disembelih hidup-hidup, keluarga dibunuh, kanak dibunuh, harta dirampas, rumah dibakar dan berbagai lagi. Mana orang melayu yang dahulu rapat sedikit dengan jepun dicari dan dibunuh dengan kejam. Kominis itu pada masa jepun mereka bukan berada dalam hutan sebaliknya bercampur gaul bermuka muka. Mereka datang kekampung-kampung membeli ayam, telur dan lain-lain lagi hasil mahsul orang kampung sambil memerhati dan pasang telinga. Bila mereka berpeluang sahaja berkuasa segala maklumat yang selama disimpan diguna balik. Cari balik gerangan yang anti kominis masa zaman Jepun. Jika dapat, tidak merasa hidup lagi. Ramai orang melayu hilang pada ketika itu tidak dapat dikesan oleh waris mereka.

Sebab itulah orang melayu phobia dengan kominis. Tetapi sekarang sudah ramai yang buta sejarah dan ramai pula yang tidak percaya persitiwa itu boleh berlaku. 

No comments:

Post a Comment