Anwar Ibrahim dikatakan berada di Paris, Perancis selepas menghadiri
Ceramah Mega Konvoi Royalti di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya
sendiri ketika berucap di program tersebut.
Katanya, peguam-peguam yang mengendalikan skandal Scorpene ingin
mengambil kesempatan bertemu beliau berhubung perkembangan terbaru kes
tersebut dan beliau akan mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan
tentang perihal ‘komisyen’ yang terlibat dalam urusniaga itu.Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.
Langsung tidak terlintas di fikiran mereka tentang apa kena mengena
Anwar dengan pembelian scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam
urusniaga tersebut?
Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi
kepada sesiapa? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat
sendiri ‘wang komisyen’ bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di
tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?
Atau apakah Anwar sekadar diperlukan untuk memberi pendapat mengenai
kredibiliti saksi atau sikap orang yang disyaki? Jika benar, layakkah
beliau? Jika layak, atas dasar apa pula kelayakan tersebut? Sebagai
musuh? Sebagai rakan subahat? Sebagai pasangan intim?
Tidak mungkin peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar
untuk meminta penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau
Shamsidar yang tiada kena mengena scorpene?
RMM:-Jika benar mahkamah Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang
mana mereka menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek
penyiasatan selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu
dokumen-dokumen kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan
syarikat-syarikat dan individu yang terlibat, butiran komunikasi antara
pihak yang terlibat, butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan
dan perbelanjaan yang dibuat oleh semua pihak yang terbabit.
Selain dari semua ini, tidak ada peguam atau penyiasat yang akan
mengambilkira individu atau perkara atau benda atau kejadian yang tidak
bersangkut-paut dengan saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang
tersenarai dalam proses penyiasatan.
Justeru, di manakah signifikannya kewujudan individu bernama Anwar
Ibrahim yang kebetulan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan
pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat
Perancis?
Hanya satu saja kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang
disebutnya sebagai ‘skandal scorpene’ ini, iaitu beliau adalah dalang
yang mereka-reka kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini. Maka,
pertemuan beliau dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip
baru atau arahan baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang
pilihanraya.
Jangan sekali-kali lupa bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin,
bekas peguam Anwar yang juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor
Azilah yang dituduh membunuh Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar
mengarahkan beliau agar menukar strategi pembelaan Azilah dengan
‘mencipta dan memalsukan bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan
pembunuhan tersebut’. Bertitik tolak dari itu, maka Zulkifli telah
menarik diri dan akhirnya meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara
ini.
Jika Anwar pernah mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah
yang menghalang beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam
Perancis yang ditemuinya?
Jika Anwar sanggup merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum
atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang
beliau untuk merancang atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?
Persoalan ini membawa kita kembali menyorot dua ‘kemalangan
langgar-lari’ berasingan melibatkan kematian isteri seorang Dato’ yang
menjadi orang pertama membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir
Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri
kepada mangsa dalam kes tersebut, Azizan.
Mengambilkira semua fakta ini, maka pertemuan antara peguam-peguam
Perancis yang kononnya mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim
yang ‘tiada kena mengena’ dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada
dua kesimpulan iaitu 1. ‘semakin banyak persoalan’ atau mungkin juga
sebenarnya adalah 2. ‘sebuah jawapan’.
Manusia jenis ini mahu buat kerja dengan cepat dan menharapkan hasil
datang cepat. Baginya tak ada erti kelengahan atau kesabaran. Mereka
nampak keuntungan semata dihadapan tanpa mengkaji nilai atau moral dari
keuntungan yang diperolihi mereka.
Manusia jenis ini kalau jadi broker real estate, menjual rumah.
Contoh, sebuah rumah berhampiran sekolah mahu dijual dan DIa sebagai
broker berperanan mencari pembeli untuk dapat komisyen hasil dari
jual/beli itu, jugak keuntungan dari harga mark-up. Dia akan berjumpa
dengan penjual utk berunding harga jualan. Pastinya dia akan sedaya
upaya dapatkan harga yang paling rendah. Dia akan cakap rumah itu kerana
dihadapan sekolah harga nya jatuh kerana tak ramai orang suka rumah
dekat sekolah. Bising, sesak, kotor dan sebagainya kerana sekolah public
place. Murid buat bising, mengganggu penghuni, sesak kerana kenderaan
menghantar murid dsbgnya. Lantas dia dapat satu harga yang baik dari
pemilik.
DIa pun cari pembeli. Pada pembeli dia akan letakkan harga paling
tinggi. Kerana rumah ini depan sekolah, orang berebut rebut mahu beli,
katanya. Anak senang kesekolah dgn berjalan kaki saja, tak payah naik
bas, tak payah dihantar, tak ada risiko kena culik dsbgnya.
Keuntungan yang diperolihi memang lumayan, dari mark-up dan jugak
komisyen. ini untuk dunia. Untuk akhirat tak ada. Tapi munafiqin tidak
kisah tentang akhirat kerana dia hanya mengejar dunia. Peruntukan
akhirat tak ada. Jenis manusia sebigini agama bagi mereka ialah lakonan
semata. Solat jumaat penting, solat raya penting. Kerana kedua solat ini
glamour, semua orang nampak. Ini jenis munafik tulin.
No comments:
Post a Comment