Wednesday 19 December 2012

PAS DAH SERBA SALAH BILA ANWAR MENJADI PERTARUHAN PARTI!

Pas percaya sangat dan berharap Anwar  dapat mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.

landasan yang betul dan tepat ????

pas selama 50 tahun kata nak tegakkan hudud dan negara islam.
tapi haji hadi kata hudud dan negara islam takde dalam quran.

bagaimana pas minta NUAR memperbetulkan negara pada landasan yang betul dan tepat kalau pimpinan pas sendiri pun pening mengenai landasan perjuangan parti mereka.

landasan yang betul dan tepat ???

  Nuar nak memperbetulkan negara pada landasan yang betul dan tepat kalau prime minister in waiting ni pun keliru dalam memilih lubang jantan dan betina ?



Ha Rakyat tongun Sahaja Yang Percaya skrip Pakatan ni.

Tuesday 11 December 2012

SEBELUM RAKYAT SOKONG PR MEREKA PERLU RAHSIA PERJUANGAN SUCI PR INI!!

 

Baru-baru ini, Anwar ibrahim secara terbuka membicarakan mengenai agenda pluralisme yang dibentangkan kertas kerjanya oleh bj habibie.

  Bulan lepas, anak kepada anwar bersetuju untuk menyetujukan pandangan bahawa orang melayu perlu diberikan hak kebenaran untuk memilih agama selain islam.

  Bulan  lepas, sedara nik aziz  secara terbuka mendoakan kehancuran sesama islam.

Bulan lepas juga, nik Aziz secara terbuka memurtadkan seluruh ahli umno hanya kerana mereka bukan ahli pas.

mac 2008, kalid gerea bersetuju kalimah ALLAH digunapakai oleh pihak kafir.

2007, anwar ibrahim secara terbuka memberikan sokongan untuk lina joy murtad.

Wednesday 28 November 2012

BONNGKAR: Nurul Izzah Tipu Rakyat, Tapi Rakyat Sudah Faham


Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.
Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat. Dengan kata lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.

Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23 November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki.
Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali.
Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman? Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu Malaysiakini terkecuali dari tindakan?

Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal Malaysiakini yang pro pembangkang.

Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk “Nurul: There should be no compulsion in choosing faith” menyebut bahawa “rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu”.
Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.

Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat dan itu realiti. Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing.

Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Malaysiakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar, tidak begitu?
Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard.
Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan, bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja.

Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar.

Monday 26 November 2012

HANGAT! ADA GERAKKAN LAGAKAN NAJIB VS MUHYIDIN SURUHAN ANWAR?

Akhirnya umum sudah mengetahui. Pergelutan antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin semakin memuncak sedang negara semakin hampir kepada pilihan raya umum ke-13 di mana parti pemerintah BN dijangka kehilangan penguasaan selama 55 tahun ke atas kerajaan persekutuan.

PEMBERONTAKAN TERBUKA: Panglima Umno beri notis pada Najib- KEMAS BARANG ANDA!"Saya tidak terkejut dengan perkembangan terkini. Terdapat cakap - cakap perebutan kuasa semenjak kebelakangan ini. Pengikut Muhyiddin boleh menghidu peluang dan mereka mahu memastikan dia mendapat giliran di kerusi PM manakala mereka akan mendapat bahagian gula-gula mereka yang sewajarnya," naib presiden PKR dan ketua bahagian Johor, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
"Mereka menyalahkan Najib kerana melambatkan pilihan raya umum sehingga kini apabila ia sudah jelas BN telah hilang kelebihan mereka dan mereka semua terpaksa berjuang untuk mempertahankan kerusi mereka."

JuiMeng telah bertindak balas terhadap laporan berita poster misteri yang terdapat di bahagian-bahagian strategik Johor, yang juga merupakan tempat kelahiran Muhyiddin, menggesa agar ahli parlimen Pagoh itu menggantikan Najib sebagai Presiden Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Poster menunjukkan gambar Muhyiddin berlatarkan bendera Malaysia dengan kata-kata 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU ke-13' serta 'Selamatkan Barisan Nasional'.
Master of procrastination, worsening the BN's chances


Imej poster, yang menggunakan logo BN dan Umno yang juga diterbitkan oleh BN Johor, telah tersebar dengan meluas di Facebook. Pemuda Melayu yang mengedarkan poster di kawasan yang sibuk dan pusat membeli-belah di pusat-pusat bandar seperti Skudai Johor juga telah dikesan. Poster pertama yang dijumpai dalam kuantiti yang banyak pada Hari Merdeka Jumaat lepas.

Mungkin ia adalah kebetulan tetapi Najib yang tidak tahu menahu memberi kejutan besar kepada negara pada hari Ahad apabila dia membayangkan bahawa PRU ke- 13 akan diadakan pada bulan November, bulan ke-11 dalam kalendar. 11 adalah nombor kegemaran beliau.
Pemerhati Umno tidak fikir Najib ikhlas. Mereka percaya Najib yang berusia 58 tahun itu akhirnya mengalah kepada tekanan daripada rakan-rakan dalam parti untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini. Antaranya adalah Muhyiddin, yang telah dengan secara terbuka mendesak pilihan raya untuk diadakan pada bulan September.
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga telah mendesak agar PRU diadakan pada tahun ini, tetapi mereka yang rapat dengan Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah memberitahu bahawa pasangan pertama ini lebih suka jika pilihanraya diadakan pada tahun depan selepas reaksi terhadap Bajet 2013 diketahui
"Ia sememangnya satu rahsia terbuka bahawa ramai panglima UMNO sudah bosan akan penangguhan ini. Mereka percaya Najib memburukkan peluang BN dengan membenarkan ia untuk meleret. Ia memberikan Pakatan peluang untuk memainkan isu terhadap mereka dan banyak juga yang talah didedahkan oleh PKR, PAS dan DAP sudah mengena sasaran," kata Jui Meng.
"Poster Muhyiddin adalah mesej yang jelas kepada Najib. Lebih baik berhenti untuk cuba menjadi penyeleweng dan mendengar hasrat majoriti panglima Umno atau mereka akan memberontak secara terbuka terhadapnya. Mereka juga boleh campakkan dia keluar sebelum PRU ke-13, itulah yang mereka beritahu kepadanya. perkara yang sama telah berlaku kepada Badawi dan Mahathirlah orang yang dipercayai bertanggungjawab. Mahathir yang kini nampak tenang tetapi kem Muhyiddin tidak akan bertindak tanpa izin orang tua itu. Mahathir masih kuat di dalam Umno kerana kuasa wang "
Geram warlords might even dump Najib before GE13

Walaupun Jui Meng tidak menolak kemungkinan bahawa saingan Najib dalam Umno mungkin akan cuba membuang dirinya sebelum PRU ke-13, beliau percaya ada kemungkinan Najib akan dibenarkan untuk membawa obor Umno BN dalam pilihanraya penting di mana Pakatan bakal meraih kemenangan jika tiada terdapat "penipuan di peti undi".
"Jika BN kalah, Najib akan dipecat atau terpaksa berhenti serta-merta. Jika BN menang, dia akan diberi masa sedikit lebih namun masih perlu berundur pada pemilihan parti Umno yang mesti diadakan menjelang bulan Oktober 2013. Apa pun keputusannya , giliran Najib sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri sudah tamat. Sedihnya, sejak 4 tahun yang lalu, dia telah menunjukkan dia tidak boleh melakukan melaksanakan tanggungjawab itu," kata JuiMeng.
Johor merupakan salah satu daripada beberapa negeri dimana Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menangi di dalam pilihan raya 2008. Walau bagaimanapun, keadaan adalah tidak menentu pada PRU yang akan datang yang dijangka akan diadakan pada bulan November, dengan Pakatan dijangka memenangi semua kawasan bukan Melayu serta beberapa kawasan teras Melayu.
Sambutan yang positif dari tanah Johor telah meyakinkan PAS untuk memutuskan memberi Salahudin Ayob, naib presiden untuk bertanding sebuah kerusi disana. Jika Salahudin dan Pakatan menang di negeri itu, Salahudin dijangka akan dinamakan sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Not us! saysUmno Johor: Really?

Sementara itu, Umno Johor telah menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Mereka mendakwa poster adalah taktik terdesak Pembangkang bertujuan menyebabkan perselisihan faham di antara pemimpin-pemimpin Umno.
"Ia adalah provokasi oleh pihak-pihak yang cuba untuk melemahkan perpaduan Umno Johor dan BN, yang kini memberi tumpuan kepada penyediaan jentera parti."Ia tidak boleh diterima untuk mengaitkan BN Johor sebagai pihak yang bertanggungjawab menerbitkan poster, "ketua Pemuda Umno Johor Zulkurnain Kamisan dilaporkan berkata kepada media.
"Bagi saya, ini merupakan satu strategi orang terdesak yang ingin Umno Johor dan BN bergaduh dan berpecah-belah. Walau bagaimanapun ia tidak akan melembabkan semangat Umno Johor dan semangat serta keazaman BN
Malaysia Chronicle

Thursday 11 October 2012

MENARIK! Permintaan Nenek 108 tahun minta PM bubar Parlimen segera!


DI DUNGUN  Seorang wanita berusia 108 tahun meminta Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera bubarkan Parlimen bagi membolehkan dia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Halimah Muda, penduduk Rantau Abang di sini berkata, dia bimbang jika Perdana Menteri lewat mengadakan pilihan raya, dia mungkin terlepas peluang untuk mengundi.
“Nenek sudah tua. Sudah 108 tahun. Bila ALLAH nak ambil umur pun kita tak tahu. Tapi apabila dalam umur macam ini, biasanya sudah tak lama. Kerana tu, nenek harap sangat dapat mengundi, mungkin untuk kali penghabisan,” katanya.

Halimah, yang dilahirkan pada 1904 mempunyai 12 anak, berpuluh-puluh cucu dan cicit itu berkata, dia tidak ingat bila dia mula mengundi.
“Yang nenek ingat, sudah lebih daripada 10 kali (undi). Pendek kata, setiap kali ada pilihan raya sejak muda dulu, nenek tak pernah ketinggalan,” katanya.
Meskipun matanya kabur dan sering sakit, Halimah masih tetap bersemangat untuk keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Sejak dulu lagi, kalau tak dapat berjalan ke tempat mengundi, ada kereta datang ambil di rumah. Yang penting, nenek tahu di mana tempat nak pangkah. Kertas undi masih boleh nampak,” katanya.
Halimah dikesan Umno Bahagian Dungun melalui semakan daftar pemilih dengan kerjasama Sekretariat Teknologi Maklumat Daftar Pemilih Umno Negeri.
Dia menarik perhatian kerana bakal menjadi pengundi tertua di kawasan Parlimen Dungun dan besar mungkin, yang tertua di Malaysia.

Wednesday 10 October 2012

KENYATAAN PANAS DR HASSAN ALI!


KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA

Kenyataan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sewaktu membentangkan kertas kerja di dalam Seminar Dakwah Islamiyyah anjuran MUAFAKAT di PWTC kelmarin telah menimbulkan berbagai reaksi daripada pimpinan PAS dan DAP.

Pimpinan PAS menganggap kenyataan YB Ustaz Nasharuddin sebagai pendapat peribadi tidak mewakili parti. Sementara pimpinan DAP mahu melihat pimpinan tertinggi PAS mengambil tindakan terhadap YB Ustaz Nasharuddin yang menyentuh kaitan DAP dengan pembentukan Malaysia sebagai Negara Kristian.

Bagi saya YB Ustaz Nasharuddin hanya mengulangi pendirian beliau terhadap masalah besar yang sedang dihadapi oleh PAS. Antaranya PAS terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR berhubung dengan Negara Islam dan Hudud.

PAS juga didakwa menjadikan isu Negara Islam sebagai isu kedua manakala mendapatkan kuasa dengan menawan Putrajaya sebagai matlamat utama.

Ustaz Nasharuddin tidak berganjak dari segi posisi yang beliau ambil mengenai penguasaan DAP dan PKR terhadap PAS dan juga penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh pimpinan DAP dan PKR.

Ada di antara pimpinan PAS seperti biasa mendakwa Ustaz Nasharuddin mempunyai agenda politik tersendiri yang dikaitkan dengan agenda UMNO.

Jelas kelihatan pimpinan PAS benar-benar ketandusan modal sehingga mengambil jalan pemikiran yang paling mudah dan dangkal bahawa sebarang kenyataan yang bertentangan dengan kemahuan golongan parasit dalam PAS pada setiap ketika dikaitkan dengan UMNO.

Adakah kenyataan-kenyataan yang hampir serupa nadanya yang keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama, Timbalan Murshidul Am PAS dan lain-lain pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang agak keras mengenai halatuju PAS dewasa ini juga dikaitkan dengan UMNO?

Adakah semua pendapat yang menyelar PAS sudah tergelincir daripada landasan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud juga didalangi oleh UMNO?

Adakah suara-suara yang semakin lantang di kalangan ahli dan penyokong PAS di merata tempat menyuarakan ketidakrelaan mereka menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR juga kerja UMNO?

Pimpinan PAS yang tidak sedarkan diri ini perlu melihat ke arah cermin menyaksikan wajah sendiri disamping melihat kerja-kerja 2 lagi rakan kongsi mereka DAP dan PKR. Kedua-dua rakan kongsi ini dikatakan begitu licik dan semakin berani mengutuk dan menghina Islam.

Reaksi pemimpin-pemimpin tahap kedua dan tahap ketiga dalam hierarki PAS seperti yang di lapurkan bagi saya tidak lebih daripada memberi gambaran darjah kecelaruan dan kegoyahan PAS untuk menghadapi PRU ke 13.

Saya mendapat tahu dalam perjumpaan-perjumpaan yang diadakan di berbagai peringkat, pimpinan tidak dapat berhujah dan memberi jawapan yang memuaskan kepada ahli dan penyokong parti terutama yang berkaitan dengan isu PAS terpaksa tunduk kepada kandungan Buku Jingga dan mengenepikan Kitab Allah yang menghendaki hambaNya melaksanakan tatacara hidup berpaksikan Islam.

Sekali lagi saya menyokong pendirian dan ketegasan yang ditunjukan oleh YB Ustaz Nasharuddin. Dalam banyak hal saya sependapat dengan beliau terutama dalam perkara-perkara yang bersifat fundamental seperti Negara Islam dan Hudud.

Juga termasuk mempertahankan maruah Islam. Saya bersetuju kita tidak perlu berkompromi dalam perkara-perkara pokok ini.

Saya gembira melihat Majlis Syura Ulama telah mula kembali berwibawa. Saya harap Majlis Syura Ulama dapat mengambil tindakan drastik dalam masa terdekat membebaskan PAS daripada musuh-musuh Islam dari luar dan golongan parasit dari dalamnya.

Pejabat Operasi Jati
Taman Tun Dr Ismail,
10 Oktober 2012

DEMI KUASA PAS SANGGUP SABOTAJ TABUNG HAJI


PAS tidak berhenti menyusahkan Jemaah Haji dengan tindakan SABOTAJ semata-mata demi KUASA tanpa memikirkan nasib dan kebajikan Jemaah Haji. 

Bermula dengan tindakan Ahli PAS (1) Berdemo BERSIH di Mekah dan Madinah yang hampir menyebabkan Malaysia mendapat kuota jemaah haji sedikit, kemudian PAS (2) minta Jemaah Haji menangguhkan menunaikan Haji semata-mata sebab nak pilihanraya tanpa memikirkan peluang dan nasib jemaah selepas itu (klik) dan yang terbaru PAS (3) menyerang CEO Tabung Haji yang terbukti cekap dan hebat menguruskan tabung haji hingga mampu mengekalkan jumlah subsidi terhadap tambang haji dan membawa keuntungan berbillion ringgit kepa Tabung Haji hingga Tabung haji mampu memberikan dividen yang tinggi.


  FAKTA
Saya setuju CEO Tabung Haji dibayar tinggi setimpal dengan usaha beliau "memperkasa" dan mengurus Tabung Haji dengan begitu baik sekali. Tabung Haji telah menunjukkan prestasi yang terbaik dan berjaya menterjemahkan aspirasi kerajaan so apa masalahnya???

  Untuk pengetahuan CEO memang bergaji tinggi kerana diletakkan tanggungjawab besar dan menanggung segala macam risiko dalam menguruskan syarikat. Gaji yang tinggi juga bertujuan menarik CEO yang terbaik untuk berkhidmat dengan sesebuah syarikat akagar akhirnya hasil terbaik dapat dipamerkan. Lihat sahaja senarai di bawah ini sememangnya bukan satu kejanggalan CEO mendapat bayaran tinggi.

  Contoh lihat sahaja kerajaan Pakatan Selangor yang menggaji Punaisihat Ekonomi Anwar Ibrahim dengan bergaji RM 1.00 sahaja maka hasilnya adalah RM 1.00 juga iaitu tiada apa penambahbaikan, hasil dan kejayaan yang dicapai.

Saya yakin jika Datuk Ismee Ismail keluar dari Tabung Haji tiada masalah bagi beliau untuk mendapat tempat bersama syarikat lain. Lihat sahaja pengalaman beliau ditambah dengan kejayaan menguruskan Tabung Haji saya pasti banyak syarikat besar bersedia menawarkan gaji lebih besar kepada beliau untuk menjadi peneraju.