Tuesday 4 September 2012

PEMBANGKANG DIDIK RAKYAT KURANG AJAR DAN BERANI MELAKUKAN KESALAHAN, PAS PERLU JAUHI AJARAN MENCEMARKAN AGAMA ISLAM!

      Sikap biadap segelintir penyokong FANATIK Pakatan Pembangkang yang sanggup memijak gambar  pemimpin negara, malah bertindak di luar jangkaan dengan mencanangkan agar bendera Jalur Gemilang ditukar,  boleh disifatkan sebagai kejayaan  ajaran Pakatan Pembangkang dalam strategi jahat dengan menyemai rasa benci terhadap pemerintah di tanah air ini.

     Sikap dan pendekatan budaya kurang ajar yang disemai oleh Pakatan Pembangkang ini sebenarnya boleh mencetuskan ketegangan dan salah faham di kalangan rakyat di negara ini.

   Inilah perkara yang paling kita takuti apabila hilangnya rasa bersalah di kalangan rakyat apabila membuat kesalahan. Hari ini jelas, atas nama dan kepentingan politik mereka, segala bentuk sikap biadap dan kurang ajar dibenarkan demi untuk menjatuhkan kredibiliit dan maruah kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

   Sebagai contoh, membuka seluar di khalayak ramai dengan memperlihatkan punggung di atas gambar pemimpin, memijak dan menghina pemimpin negara merupakan satu perbuatan yang tidak beradab sama sekali.


 Namun jelas, tidak ada perasaan bersalah dalam diri mereka yang melakukan perkara tersebut, bahkan mereka ini bergembira dengan sikap tidak senonoh dan jijik itu serta ianya dianggap sebagai satu perjuangan rakyat.
  
   Yang menghairankan apakah ini yang Pakatan Pembangkang mahu, anak-anak muda jadi kurang ajar serta tidak hormat kepada hak-hak orang lain semata-mata atas  kepentingan politik mereka? 

   Jika inilah nilai-nilai yang cuba disemai oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang terhadap rakyat di negara ini, maka sebarang kemungkinan provokasi seperti ini akan mencetuskan keadaan yang lebih buruk sekiranya ia tidak ditangani secara serius.

    Sesuatu harus dilakukan oleh pihak yang terbabit dalam menyekat usaha pihak Pakatan Pembangkang yang kini dilihat sedang rancak menyemaikan benih-benih kebencian terhadap kepimpinan kerajaan yang dipilih oleh rakyat hari ini.

   Tindakan provokasi yang tidak bertamadun serta tidak bermoral ini seolah-olah bagaikan satu usaha untuk mewujudkan situasi tegang di kalangan rakyat  sekiranya tidak dibendung, ia akan menyebabkan impak yang lebih besar seperti berlakunya huru hara dan sebagainya.

   Sekiranya perkara seperti ini terus dibiarkan, maka keamanan dan keharmonian negara boleh hancur dengan sikap biadap dan kurang ajar segelintir rakyat  yang terpengaruh dengan hasutan dan dakyah Pakatan Pembangkang seperti yang dapat kita lihat hari ini.

  Revolusi Minda Melayu- Hari ini, belum lagi berkuasa, mereka sudah memperlihatkan sikap seperti telunjuk menjolok mata. Cuba kita bayangkan sekiranya mereka berjaya menguasai negara, sudah tentu sikap biadap dan kurang ajar mereka akan lebih lagi dari apa yang kita dapat lihat hari ini. Kalau zaman dahulu mungkin sudah berlaku insiden pertumpahan darah. Namun rakyat punyai sikap ketamadunan yang tinggi.

3 comments:

  1. Salam Perjuangan

    Blog ini sudah dilink dengan Sungai Rapat Online

    ReplyDelete
  2. blog revolusimindamelayu sudah dipaut dengan menda tempur

    ReplyDelete
  3. Salam Bro..

    Blog Revolusi Minda Melayu kini dalam senarai blog pilihan Gelombang Rakyat.

    TQ brO.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete