Monday 30 July 2012

Buku Jingga Mematikan Asas Perjuangan PAS & Video Hassan Ali Bantah Kristian


Penulis ingin berkongsi bersama pembaca berkenaan isu yang dinyatakan oleh Presiden (Jati) Datuk Dr Hassan Mohamed yang berbunyi "Buku Jingga Mematikan Asas Perjuangan Pas".
 
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata Buku Jingga merupakan penghalang utama yang boleh mematikan asas perjuangan parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR).

PAS adalah salah satu kompenan PR, selain dari DAP dan PKR.
Katanya konsep Negara Islam dan Hudud merupakan dua tunggak perjuangan asas PAS, walaupun konsep Negara Islam ditukar kepada Negara Berkebajikan namun di kalangan pimpinan PAS beranggapan dua tunggak asas PAS masih berselindung di sebalik slogan jenama baru itu. 

Namun masalahnya konsep Negara Islam dan Hudud tidak termaktub secara tersurat dalam Buku Jingga yang disepakati bersama oleh ketiga-tiga anggota parti PR itu.
Inilah dilema PAS, ketika berusaha mengungkap konsep Negara Islam dan hudud, ianya akan dihalang oleh DAP dan PKR supaya tidak memperjuangkan isu itu dan kembali patuh kepada Buku Jingga.

“Sepatutnya setiap parti dibenarkan untuk membentangkan dan tidak mematikan perjuangan asasi mereka….Pakatan memang ada Buku Jingga yang sudah disepakati dan mestilah ditonjolkan terlebih dahulu
“(Namun) Dari segi bijaksananya, sepatutnya tidak dihalang mana-mana parti untuk menonjolkan asas perjuangannya,” katanya
Menurutnya lagi polemik terbaru berkenaan hudud membuktikan penukaran konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan tidak disepakati sepenuhnya oleh kepimpinan PAS.

“Isu ini merupakan agenda utama PAS sejak 60 tahun lalu, hanya berubah beberapa ketika yang lalu bila Negara Berkebajikan mengantikan Negara Islam.

“Saya rasa, ini menunjukkan di kalangan PAS tidak ijmak (sepakat) sepenuhnya mereka bersedia untuk menukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. 

“Yang disuarakan oleh teman-teman dari Dewan Ulama dan Dewan Pemuda yang sering menimbulkan persoalan-persoalan ini, walaupun di pihak tertinggi PAS telah mengatakan (agar) isu ini jangan ditimbulkan lagi sebab kita berada dalam pakatan,”katanya dalam sidang media 28 Julai.
Dr Hassan Ali turut membantah kenyataan Kristian.




Pelik juga kita mendengar solah-olah buku jingga lebih Utama dari Al-quran?
 

Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan.

Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat.

 Presiden PAS, Hadi Awang tidak mampu lagi berbuat apa-apa dalam isu hudud sayangn kejaguhann beliau hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka. Agak pahit namun terpaksa ditelan.

Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat  nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.

Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan.

Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR.

Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama.

Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.

Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR.

Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah terkana semula kepada PAS. Itulah hakikatnya.. Wasalam..

No comments:

Post a Comment